21 November 2010

Apple Crumble :)

mari kita membuat apple crumble ye puan-puan.. bahan-bahannya ialah

BUTTER

OAT

TEPUNG GANDUM

APPLE

GULA
Cara-caranya ialah, pertama kita kupaskan kulit apple. tapi jangan sampai licin. tinggalkan sikit-sikit kulit tu ye. hehe..


kedua kita potong-potong apple tersebut dan kita boil bersama dengan gula. tapi jangan letak air sebab nanti apple dan gula tersebut akan menghasilkan air :D


seterusnya, selepas apple tersebut lembik kita susun di dalam tray untuk dibakar.


lepas itu, kita campurkan tepung gandum, butter dan oat. kemudian ramas-ramas sehingga sebati.


sudah sebati kita tepek-tepek kan adunan tadi ke dalam tray (atas apple tadi tu la)


siap untuk dibakar.. selama 20 minit :) 180 darjah celsius k..


sudahnya hangus ye puan-puan :) tapi dalam tak masak.. :(

tapi apa pun its ready for serving.. sedap tak sedap belakang kira.. ayman sini makan!!


1 comment: