09 November 2010

what are you looking for?

i read this somewhere.. so sweet.

jika kamu memancing ikan, jika ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. jangan sesekali kamu melepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. kerana ia akan sakit disebabkan oleh ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

begitulah juga......

setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang.. setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. jangan meninggalkannya begitu saja.. kerana dia akan terluka.

jika kamu menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menggangap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang.

sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan janganlah kamu menggangapnya begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah kamu menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga keahkirnya.

jika kamu memiliki sepinggan nasi yang pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. terlalu ingin mengejar kelazatan. kelak nasi itu basi dan kamu tidak boleh memakannya. kamu akan menyesal.

begitu juga jika kamu telah betemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu, mengapa kamu berlengah cuba membandingkan dia dengan yang lain.

terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangan..

i remember when im in secondary school my teacher ask my me and my friends what kind of husband that we want. we answered the perfect one.. the most handsome guy, richest among all, good job, well behave, understanding, caring, loving, romantic etc.. but my teacher said you're looking for the perfect one, are you perfect? can you be a very good wife, cook on time, manage the kids, maintain your body..? everyone keeps quite then she continued, we're not suppose to look for the perfect one.. because we are not perfect either. but look for the good one, who loves us for who we are, who loves our imperfection and our flaws.... 

and i think you do :)

1 comment: