rambut adalah mahkota wanita.. the old proverb says.. hari ni nak citer-citer pasal mahkota wanita ni. tak payah bagitau rasanya semua dah tau perkara-perkara yang boleh merosakkan mahkota wanita ni..
Nombor satu, gosok dengan tuala.
Nombor dua, sikat waktu basah.
Nombor tiga, guna alat pengering berlebihan.
Nombor empat, selalu warna
Nombor lima, lurus, keritingkan atau erti kata lain guna chemical
Nombor enam, ikat ketat-ketat
Nombor tujuh, guna produk styling.
awak selalu lakukan kesalahan nombor berapa? saya nombor tiga dan empat. asik blow dan iron, kejap-kejap tukar warna, tukar lagi, lagi dan lagi. rambut saya sekarang kering macam sabut kelapa, warna dan bentuk pun dah macam kelapa tua. YA SAYA MENGAKU! rambut saya sekarang dah rosak. walaupun dah dipotong hingga kontot! kononnya untuk menjaga rambut yang bakal tumbuh supaya sihat dan bersiri. tapi ketagihan terhadap warna rambut tak dapat dielakkan. sangat tragik bila lihat hujung rambut dah kering dan bercabang, gugur pulak tu. helaian rambut saya seakan-akan berada dimana-mana -.-
saya memang menyesal selalu mewarnakan rambut :( saya tanamkan keazaman dalam diri tak nak warna rambut lagi selepas ini (kecuali ada sebab yang tak dapat dielakkan - err.. ada ke) *wink*
tapi sesal kemudian tidak berguna.. nasi pun dah menjadi bubur mari la kita makan beramai-ramai..
sekarang mengaku cepat, awak semua suka buat kesalahan nombor berapa? Langkah pertama untuk pemulihan ialah pengakuan. ('',)
in love and light.. XX.
saya mengaku.. saya pakai cemical berlebihan. hee
ReplyDelete